 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
Earthquate struck my photos.. wahahaa... faiz faizhasim By: Mohd Faiz Hasim
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Tuesday, 23-Jan-2007 14:49 |
Email | Share | Bookmark |
|
Sepucuk perutusan daripada seorang petani melayu moden
|
|
Kehadapan saudara-saudari sekalian, semoga berada dalam keadaan yang terbaik,
Salam semua....
Sungguh lama tidak berkecimpung kembali ke arena fotopages setelah hangat2 tahik ayam tempoh hari. Kuang kuang kuang....
Hari ni hari Selasa. Hari selasa biasanya hari maintenance wow. Beberapa hari sebelumnya bermula dari 17hb Jan tidaklah sehebat mana. 17hb Jan hingga hari ini, 23 Jan, bungkusan dari New Zealand belum2 sampai. nvm
Pada 17hb jugalah bermulanya sebuah lembaran baru kehidupanku sebagai petani melayu yang bekerja secara kecil-kecilan tetapi cukup untuk membuahkan hasil. Buktinya, seekor Ram (sepupu kambing dan lembu) gagah berjaya dibeli, seperti dibawah.
Petani mesti tabah. Petani mesti kuat berusaha. Petani mesti bertani. Oleh itu, sebiji nasi diibaratkan setitis peluh petani. Selain Ram, aku ingin terus bertani bagi mencari Gold untuk membeli haiwan2 lain seperti:
Namun, haiwan tunggangan itu hanya menjadi satu utopia kosong jika bungkusan tidak diterima secepat munkin. Jadi, marilah kita berdoa dan berharap untuk bungkusan itu. Berikut merupakan gambaran bungkusan tersebut:
Terus terang, bertani sahaja tidak cukup dengan pendapatan 15 hingga 20G/hr. Hari-hari ini perlu diisi dengan perkara-perkara lain seperti membina sebuah laman, walaupun bukan fizikal.
Sebuah laman akan ditubuhi lalang2 durjana jika dibiarkan. Harapanku, usaha2 dan kerja keras seorang petani tidak akan sia-sia. Sebuah laman mestilah diguna, dibersihkan dan dimanfaatkan agar laman itu terus subur dan mekar sepanjang zaman.
Sekian sahaja kali ini.
Yang benar,
Petani melayu moden.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|