Pada 27 Januari 2007, malam yang sungguh kelam hanya ditemani oleh bulan bertanduk dan bintang-bintang berkerdipan.
Malam ini sungguh sunyi berbanding malam-malam sebelumnya (kerana hi-fi jiran-jiran tidak kedengaran dan dikir barat di hujung kampung tidak dimainkan - at last some peace). Maka krew kami mengambil kesempatan untuk ke hutan belantara Kampung Gong Dermin bagi membuat liputan dengan beberapa jin yang terkenal di tanah air. Setelah diadakan "summoning ritual" oleh pawang-pawang yang disewa, langit yang asalnya hitam kelam bertukar menjadi lebih cerah diliputi nyalaan ungu misteri.
Bukannya mudah untuk mengambil gambar makhluk halus seperti jin mahupun pontianak, apatah lagi untuk bertemu ramah dengan mereka. Walaupun sempat berdialog dengan mereka, jin-jin tersebut meminta pihak kami untuk tidak menyiarkan butiran temu ramah yang diadakan. Krew fotografi kami, walau bagaimanapun, sempat mengambil visual beberapa jin secara rahsia.